Ustaz Azhar Idrus di Klang !!!

Bismillahirahmanirahim ! Pada 11 November 2012 aku beramai ramai menuju ke Masjid Asy Syarif Meru Klang bersempena dengan Karnival Halal Fest Selangor 2012 . Kalau hang pi tanya orang Meru boleh dikatakan majoriti tahu masjid ini yang bersebelahan jalan dan dekat dekat dengan warung yang aku makan dengan bapak aku nasi ayam special sayur lebihh !! haha x) . Tujuan aku satu ! hanya ingin mendengar ceramah daripada Ustaz Azhar Idrus . Selalunya dengak kat radio atau television jeh ini nahh kauu saf depan punya aku ambik ! tetapi sayangg hujung sekali dapat tengok kat skrin besar jeh . hahaha x) . Seperti yang aku sangkakan . kalau hang pi dengan aku hari tuh fuuhhhh hang tengok lautan manusia dalam tuh tak cukup dalam smpai dalam kolam pun ada siap pakai snorkeling semata mata nak dengar ceramah daripada satu fenomena baru di Malaysia ini iaitu Ustaz Azhar Idrus atau shortform orang panggil UAI . dah mcm nama singkatan untuk universiti universiti kerajaan lah pulak kan . hahaha x) . Kalau hang dengar dia ceramah memang tak ngantuk mcm ceramah pagi yang biasa aku dengar drpd seorang ibu . hikhik x) . kalaulah dah besak aku nak ajar anak bini aku ni selalu pergi ceramah ceramah mcm ni jangan asyik nak nonton drama Korea jeh . bak kata UAI : "bodoo..." haha . Dengan itu saya menutup bual bicara saya mengenai UAI ini dengan menyeru kepada semua umat Islam . Bukalah minda ! bukalah hati anda untuk sentiasa mendengar ceramah seperti ini . Siapa lagi perlu pertahankan Islam kalau bukan kita yang bergelar Islam ini ?? Fikir fikirkan lahh . :) Assalamualaikum :)

Bawah ini link ceramah yang aku dengar di sana :

http://youtu.be/G3DFlnx5B2M

Ikhlas daripada: ShahfuaNadhirah J21 <3